Sabtu, 20 Mei 2017

Enjoy reading.......

Sejarah Sekolah Saya

 Sekolah Kebangsaan Seksyen 13,  mula dibina pada tahun 2000 dan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2001. Sekolah ini mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2002. Seramai 13 orang guru kumpulan pertama telah ditugaskan untuk mengajar di sekolah ini. 

Image result for sekolah kebangsaan seksyen 13

Seramai 180 orang murid telah mendaftar sebagai murid kumpulan pertama. Pada akhir Januari 2003, jumlah murid meningkat sebanyak 396 orang .

Kini, sekolah ini telah beroperasi selama 10 tahun. Jumlah murid  meningkat kepada 791 orang murid, dan guru meningkat sebanyak 51 orang. 

Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah integrasi kerana terdapat 5 kelas untuk Pendidikan Khas. Disekolah ini juga terdapat sebuah bangunan prasekolah.

 Aktiviti Sekolah Saya

Related image

Terdapat pelbagai aktiviti yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Seksyen 13. Contohnya, Karnival PIBG, Aktiviti Kokurikulum, Sukan Tahunan dan pelbagai lagi. Untuk pengetahuan rakan-rakan, guru penasihat Kokurikulum ialah Tuan Haji Nizam. Sekolah ini juga mengadakan jamuan makan-makan. Sama ada untuk berbuka puasa, menyambut Hari raya dan menyambut tetamu luar.
Image result for aktiviti sekolah kebangsaan seksyen 13
    Pada setiap tahun, sekolah ini akan mengadakan aktiviti Sukan Tahunan. Untuk pengetahuan rakan-rakan, guru Kokurikulum di SKS 13 ialah Tuan Haji Muhammad Nizam.   Aktiviti pertama ialah acara perbarisan mengikut rumah sukan. Aktiviti kedua ialah perlawanan lumba lari mengikut tahun. Dan terdapat pelbagai aktiviti lain.
Bagi tahap 2 pula, akan ada aktiviti lontar peluru, lompat tinggi dan lompat jauh.
Image result for sukan tahunan sekolah kebangsaan seksyen 13

Terdapat juga aktiviti gotong-royong di sekolah ini.Aktiviti gotong royong akan diadakan pada setiap tahun.Tak terlalu ramai orang yang datang ke aktiviti gotong-royong.Tetapi, semangat yang ada pada orang yang datang sangat kuat.Mereka masih bertenaga walaupun keletihan.